Monday, January 28, 2013

M.o.N Indie Nation Tour



Berkonsepkan
 “ Local menuju Internasional ”

Mengikut Online FM FB Sosial :

“ Rasanya inilah kumpulan pertama yang berasal dari Semporna Sabah yang berani menyahut cabaran penganjur dimana Memory Of Natache a.k.a MON akan membuat TOUR ke Jakarta, Indonesia bermula tanggal 29 Jan hingga 8 Feb.Dengan berbekalkan 1st EP (5 buah lagu sendiri) dan 4 lagu cover,mereka akan membawa cuba mencari peluang di luar negara.Sama sama kita doakan dan berikan kata kata semangat kepada mereka agar melakukan yang terbaik “ .



M.o.N Tour

Momemory of Nateche Tour akan berangkat ke Jakarta pada 29hb.January 2013 ini untuk mengadakan tour di Indonesia yang dikenali sebagai  IndieNation Tour, mereka adalah Kumpulan PERTAMA dari Sabah Malaysia Band Boy yang terdiri dari anak Tempatan  Sabah yang menyahut cabaran Internasional dari penganjur dari Antarabangsa kendalian BEMMAG MEGAZINE INTERNASIONAL PROMOTION Indonesia.

Ketika berada Indonesia Kumpulan band boy ini akan bergabung tenaga dengan para pemusik Antarabangsa yang sama sama sampai ke Negara itu untuk mengadakan Tour bersama Band masing diantaranya daripada France, Pranchis, Kumpulan Band Dr. Eggs, Band Eropah, Dari Riau Indonesia Kumpulan Band Yuriehana Dumai dan beberapa Band Local Indonesia di setiap daerah dan tempat yg mereka akan kunjungi.

Difahamkan mereka akan bergabung di Jakarta Indonesia Pada 29hb. Januari 2013 dan memulakan Konsert Pertama mereka selama 8 hari di Republic itu antaranya di Tengerang Jakarka bersama Band dari France Dr. Eggs dan Yuriehana Dumai.

Seterusnya kumpulan Band Boy ini akan menuju ke Bogor , Bandung, Samarang, Jogjakarta, Solo, Surabaya, Bali mengadakan konsert bersama band Boy Antarabangsa ini di mana kumpulan Band Boy ini akan bergabung dengan kumpulan band Boy dari Korea, Japan dan England pada masa akan datang.

Kumpulan Memory of Natache Band Boy anak Tempatan Sabah ini yang kesemuanya berasal dari Semporna juga sudah mendapat jemputan awal untuk mengadakan konsert mereka di Japan dan Korea pada Mei 2013.
Sahutan dan dan cabaran Antarabangsa Belia Malaysia ini adalah diantara contoh yang perlu kita banggakan dan contohi  bahawa Sabah Boleh, Malaysia Boleh jika ada kemahuan dan kenhendak yang serious dari para belia belia Malaysia khas dari Sabah ini.

Kami difahamkan mereka mendapat sponsor dari beberapa hamba Allah yang tidak ingin nama mereka didedahkan bagi menyokong Industri musik negara dan menyokong Belia Negara ini supaya terus boleh mengejar impian mereka dipentas Antarabangsa bagi mengharumkan nama Negara.

M.o.N yang dianggotai oleh G-Had-Bassit, Shah-Drummer, Kahal-Vokalis, Hafiz-Key Boardis akan disertai oleh 3 orang Kru iaitu Online FM, Bro Langau dan Jijie zeman Alimuddin berangkat ke Jakarta Petang ini.
Disampin itu Mon mempunyai beberapa laman sosial yang boleh dikunjungi antaranya :

Blog                 : http://memoryofnatache.blogspot.com (memoryofnatache)
FB                    : http://www.facebook.com/MemoryOfNatache (memoryofnatache)
Twitter             : https://twitter.com/memoryofnatache (memoryofnatache)
Android Sorfware    : Memory of Natache

Semoga pihak kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Malaysia dapat mengmabil perhatian yang bagi menyokong para belia negara ini beraksi diluar negara sebagai Duta kecil Negara mengharum nama negara.

             Faden Pengarah Publicity & Kominikasi.





Monday, November 26, 2012